9 Cara Membuat Duit secara Online & Offline pada tahun 2024!

Hi semua! Mari kita berbincang tentang cara nak buat duit dengan cepat & konsisten. Memanglah duit bukan segalanya, tapi kalau fikir realistik sikit, zaman sekarang ni memang payah nak hidup kalau takde duit. Especially bila dah ada hutang and rasa macam pendapatan stuck kat same level je. So apa solution dia? Ada dua option: kurangkan komitmen hutang atau cari jalan untuk tambah income.

Kalau bab tambah income, korang pernah dengar pasal budak 21 tahun jual air jagung sampai boleh buat RM5,000 sebulan? Gila kan? Semua tu dengan modal RM300 je! Inilah buktinya bahawa banyak lagi cara nak jana duit lebih selain kerja makan gaji.

Sebab tu lah dekat post ni, I nak share 9 idea untuk korang cari duit lebih secara online dan offline. Dengan teknologi zaman sekarang, semua benda dekat hujung jari je. Takde alasan dah untuk korang daripada mencuba!

 

1. Dropshipping

Cuba bayangkan macam korang ada bisnes sendiri yang kecil-kecilan. Dengan dropshipping, korang boleh jual barang company lain tapi guna brand sendiri. Contohnya, korang nak jual Product XYZ tapi promote dia bawah company korang sendiri, ABC Sdn Bhd. Biasanya tak payah pening kepala pasal stok sebab supplier company lain yang handle. So tak perlukan modal yang besar pun nak start (or maybe tak perlu langsung pun!).


2. Affiliate Marketing

Affiliate marketing ni dalam bahasa mudah tolong promote product or servis orang lain supaya bisnes diorang boleh grow and buat lebih banyak duit. Dengan itu, korang akan dapat commission kalau ada orang beli melalui link yang telah dikongsikan. Ramai influencer sekarang buat affiliate marketing ni dekat TikTok. Memang senang nak start - just perlukan 1,000 followers and umur 18 tahun ke atas. Lagi best, free je! But kena bijak sikit pilih product yang ada commission tinggi, so that duit yang korang dapat setanding dengan usaha korang, kalau commission rendah sangat, lambat laun korang akan rasa demotivated!


3. Buat Bisnes Kecil-Kecilan

Cuba fikirkan macam mana nak menukar hobi yang korang ada menjadi sumber pendapatan! Dah sampai masanya untuk "monetize" skill dan talent korang. Kalau korang suka masak, baking, menjahit, or mengukir, inilah masanya untuk ‘bersinar’. Kongsikan hobi korang dalam media sosial, mana tahu ada orang tertarik dengan hasil kreatif korang. Tak cuba, macam mana nak tau kan? Mana lah tau hobi itu boleh jadi punca pendapatan utama korang nanti. Ingat, rezeki tak pernah salah alamat!


4. Kerja Part-Time

Tak berapa suka dengan kerja full-time yang ada fixed schedule? Meh jadi "runner" je! Hantar makanan or barang kepada customer. Ada jugak option untuk jadi personal shopper or admin yang korang boleh try. Platform seperti GoGet, ServisHero, Swifty, ada banyak kerja part-time yang korang boleh cuba. Senang je syarat dia, asalkan ada smartphone & internet connection, dah boleh jalan! Pilih je job yang sesuai dengan masa korang.


5. Babysitter

Suka budak-budak atau nak teman orang tua? Bolehlah jadi babysitter untuk kanak-kanak or caretaker untuk warga emas. Ada kerja yang memerlukan korang pergi ke rumah client, tapi ada jugak yang boleh buat kat tempat korang sendiri. Platform macam Kiddocare, Sitly, Caregiver Malaysia, dan banyak lagi di luar sana yang korang boleh cuba untuk permulaan.


6. Jadi Influencer

Kalau korang pandai bercakap, confident, dan suka share pendapat, kemungkinan besar korang boleh menjadi influencer. Lepas dah ada ramai followers, bolehlah try buat product review or jual product or servis sendiri. Kalau pandai edit video and gambar lagi lah bagus. Platform macam Youtube, Instagram, or even TikTok pun boleh jadi sumber pendapatan korang. Tapi kena rajin buat content yang best and consistent la baru ramai viewers minat tengok content korang. Sambil itu, bolehlah try collaborate dengan brands or guna affiliate marketing untuk dapatkan extra income.


7. Online Tutor

For starters, bolehlah try jadi online tutor. Bila dah ramai student, bolehlah buka kelas tuisyen sendiri. Tapi semua ni bergantung jugak pada expertise korang la. Sebelum setiap kelas, pastikan korang buat revision sendiri supaya ilmu yang korang bagi tu betul-betul bermanfaat untuk students. Banyak apps dan platform yang sesuai untuk mengajar online dan berinteraksi dengan student, seperti Google Meet, Zoom, Microsoft Teams dan macam-macam lagi. Yang menariknya, student korang tak limited kat area korang je. Boleh ajar student dari seluruh Malaysia, or even luar negara sekali!


8. Jual Barang Preloved

Siapa cakap barang lama tak laku? Ramai orang sekarang minat barang-barang vintage. So kalau ada baju, beg, kasut, or even barangan elektronik yang dah tak pakai tapi masih elok, bolehlah try jual online! Platform macam Mudah, Carousell, or Shopee pun boleh pakai. Lagipun, dengan declutter barang lama, rumah korang pun jadi nampak bersih and kemas. Senang sikit nak cari barang bila tengah rushing jugak kan?


9. Sewa Bilik atau Rumah | Airbnb Host

Ada bilik kosong kat rumah? Or maybe tengah holiday dan takde orang nak jaga rumah? Why not sewakan je? Airbnb platform yang popular untuk short-term rentals macam ni. Boleh dapat income sikit while your room or house isn't being used. Pastu best part, ramai pelancong yang guna Airbnb ni jenis ambil care of the place properly. So tak perlu risau sangat pasal keadaan rumah.

 

 


Itu sahaja!


Kalau korang tengok, sebenarnya ada banyak lagi cara nak jana duit selain daripada kerja makan gaji. Cuma kena rajin sikit try and cari yang sesuai dengan minat and skill korang. Jangan takut untuk explore benda baru sebab kadang-kadang hidden talent korang tu boleh jadi sumber income yang tak pernah korang sangka selama ni. So jom hustle sama-sama!





Comments

Popular posts from this blog

Jawatan Kosong Terbuka di BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) untuk Tahun 2023

Jawatan Kosong Terbuka di PERODUA untuk Tahun 2023

Jawatan Kosong Terbuka di AIRASIA BERHAD untuk Tahun 2023