9 Cara Membuat Duit secara Online & Offline pada tahun 2024!
Hi semua! Mari kita berbincang tentang cara nak buat duit dengan cepat & konsisten. Memanglah duit bukan segalanya, tapi kalau fikir realistik sikit, zaman sekarang ni memang payah nak hidup kalau takde duit. Especially bila dah ada hutang and rasa macam pendapatan stuck kat same level je. So apa solution dia? Ada dua option: kurangkan komitmen hutang atau cari jalan untuk tambah income. Kalau bab tambah income, korang pernah dengar pasal budak 21 tahun jual air jagung sampai boleh buat RM5,000 sebulan? Gila kan? Semua tu dengan modal RM300 je! Inilah buktinya bahawa banyak lagi cara nak jana duit lebih selain kerja makan gaji. Sebab tu lah dekat post ni, I nak share 9 idea untuk korang cari duit lebih secara online dan offline. Dengan teknologi zaman sekarang, semua benda dekat hujung jari je. Takde alasan dah untuk korang daripada mencuba! 1. Dropshipping Cuba bayangkan macam korang ada bisnes sendiri yang kecil-kecilan. Dengan dropshipping, korang boleh jual bar...