Jawatan Kosong Terbuka di PERODUA untuk Tahun 2023
Panggilan Kepada
Warga Malaysia yang Berminat!
Jawatan Kosong Menanti Anda di PERODUA
Perodua kini membuka pintu kepada warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di organisasi mereka. Pemohon
perlu mengemukakan permohonan berdasarkan maklumat dan syarat kelayakan yang
telah ditentukan. Berikut ialah butiran terperinci bagi sesiapa yang berminat
untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan. Jika anda berhasrat untuk
menjadi sebahagian daripada Perodua, jangan lepaskan peluang berharga ini!
Peluang Kerjaya di Perodua:
Berikut merupakan jawatan kosong yang ditawarkan oleh Perodua
kepada warga Malaysia yang berminat dan berkelayakan:
- MIS EXECUTIVE – STRATEGIC COLLABORATION & DEVELOPMENT
- SYSTEM ENGINEER
- EXECUTIVE - PURCHASING
- EXECUTIVE, BODY & PAINT
- EXECUTIVE, SERVICE OPS
- EXECUTIVE, SECURITY
- EXECUTIVE, PARTS PROJECT & DEVELOPMENT
- ENGINEER, PARTS PROJECT & DEVELOPMENT
- EXECUTIVE - NETWORK OPERATION & DEVELOPMENT
- EXECUTIVE, MARKETING
- SERVICE TECHNICIAN (CONTRACT)
- CAR CARRIER DRIVER
- MEDICAL ASSISTANT
- TESTER
- ADMINISTRATIVE ASSISTANT
- TECHNICIAN
- POLIS BANTUAN
Syarat-syarat
Kelayakan:
Perodua menghargai kepelbagaian bakat dan latar belakang.
Individu yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk
dipertimbangkan:
(a) Warganegara
Malaysia yang diiktiraf;
(b) Berusia 18 tahun
atau lebih pada tarikh tutup permohonan;
(c) Memiliki Ijazah,
Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, "A" Level, Pre-U),
atau kelayakan Professional yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(d) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang:
- Memiliki kelulusan atau kelayakan dalam bidang yang ditawarkan;
- Memperlihatkan perwatakan yang menarik;
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang.
Proses Permohonan dan
Makluman Penting:
- Anda dikehendaki memohon DI SINI dengan mengemukakan segala maklumat secara lengkap dan jujur.
- Sebelum itu, sila baca, fahamkan dan pastikan anda memenuhi semua syarat yang tertera dalam iklan rasmi kekosongan jawatan mereka untuk mengemukakan permohonan anda.
- Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal rasmi Perodua.
- Hanya calon yang memenuhi semua kriteria akan dipanggil untuk temuduga. Sila pastikan nombor telefon dan e-mel masih aktif serta boleh digunakan.
- Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan anda mungkin tidak berjaya.
Permohonan yang
Ditolak:
Permohonan yang diterima akan melalui proses penilaian yang
teliti bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat lantikan yang telah
ditetapkan.
Justeru, adalah penting bagi pemohon untuk mematuhi
arahan-arahan berikut:
- Pastikan anda memenuhi kesemua syarat kelayakan yang telah dinyatakan dengan jelas. Pihak majikan ingin memastikan setiap calon yang dipertimbangkan adalah yang berkelayakan dan sesuai untuk mengisi jawatan ini dengan baik.
- Pastikan semua maklumat yang diberikan dalam permohonan anda adalah lengkap dan tepat. Pihak majikan menghargai kejujuran dan kecermatan dalam mengemukakan maklumat.
- Sebarang maklumat yang diberikan yang meragukan boleh menyebabkan kelewatan dalam proses penilaian permohonan anda.
Lokasi Penempatan
& Gaji Ditawarkan:
Bagi jawatan ini, calon yang diterima akan ditempatkan di Selangor. Gaji yang ditawarkan adalah berbeza bergantung kepada jawatan,
kelayakan dan pengalaman kerja anda.
Tarikh Tutup
Permohonan:
Tarikh tutup permohonan adalah di antara 15 OKTOBER
sehingga 31 DISEMBER 2023 mengikut jawatan yang dipohon. Jadi, pastikan
anda membaca dengan teliti dan menghantar permohonan anda sebelum tarikh
tersebut. Ingat, semua permohonan adalah secara
atas talian (Online).
Jika anda berasa bahawa anda memenuhi syarat-syarat ini dan
memiliki minat yang tinggi untuk menyertai Perodua, jangan ragu-ragu untuk
memohon jawatan ini. Selamat Berjaya!

Comments
Post a Comment