Jawatan Kosong Terbuka di MR D.I.Y. GROUP (M) BERHAD untuk Tahun 2023
Panggilan Kepada
Warga Malaysia yang Berminat!
Jawatan Kosong Menanti Anda di MR D.I.Y. GROUP (M) BERHAD
MR D.I.Y. Group (M) Berhad kini membuka pintu kepada warganegara
Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di organisasi
mereka. Pemohon perlu mengemukakan permohonan berdasarkan maklumat dan syarat
kelayakan yang telah ditentukan. Berikut ialah butiran terperinci bagi sesiapa
yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan. Jika anda
berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada MR D.I.Y. Group (M) Berhad, jangan
lepaskan peluang berharga ini!
Peluang Kerjaya di MR
D.I.Y. Group (M) Berhad:
Berikut merupakan jawatan kosong yang ditawarkan oleh MR
D.I.Y. Group (M) Berhad kepada warga Malaysia yang berminat dan berkelayakan:
- RETAIL MANAGEMENT EXECUTIVE
- JUNIOR SYSTEM DEVELOPER
- SENIOR SYSTEM ANALYST
- ASSISTANT SUPERVISOR / SUPERVISOR
- PURCHASING EXECUTIVE
- INTERNSHIP (HQ)
- EXECUTIVE / SENIOR EXECUTIVE
- SENIOR AND MIDDLE MANAGEMENT
- STORE ASSOCIATE
- SUPERVISOR APPRENTICE PROGRAM (S.A.P)
- RETAIL ASSOCIATE
- OFFICER (FRESH GRADUATES)
- CUSTOMER SERVICE EXECUTIVE
- INVENTORY CONTROL EXECUTIVE
- INTERNATIONAL WAREHOUSE OPERATIONS EXECUTIVE
- JUNIOR DATA ANALYST
- PROCUREMENT EXECUTIVE (BUKIT MERTAJAM)
- ASSISTANT MANAGER RETAIL MANAGEMENT
- IT EXECUTIVE (APPLICATION SUPPORT)
- MARKETING & BRANDING EXECUTIVE
- JUNIOR E-COMMERCE OFFICER
Syarat-syarat
Kelayakan:
MR D.I.Y. Group (M) Berhad menghargai kepelbagaian bakat dan
latar belakang. Individu yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat berikut
untuk dipertimbangkan:
(a) Warganegara
Malaysia yang diiktiraf;
(b) Berusia 18 tahun
atau lebih pada tarikh tutup permohonan;
(c) Memiliki Ijazah,
Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, "A" Level, Pre-U),
atau kelayakan Professional yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(d) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang:
- Memiliki kelulusan atau kelayakan dalam bidang yang ditawarkan;
- Memperlihatkan perwatakan yang menarik;
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang.
Proses Permohonan dan
Makluman Penting:
- Anda dikehendaki memohon DI SINI dengan mengemukakan segala maklumat secara lengkap dan jujur.
- Sebelum itu, sila baca, fahamkan dan pastikan anda memenuhi semua syarat yang tertera dalam iklan rasmi kekosongan jawatan mereka untuk mengemukakan permohonan anda.
- Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal rasmi MR D.I.Y. Group (M) Berhad.
- Hanya calon yang memenuhi semua kriteria akan dipanggil untuk temuduga. Sila pastikan nombor telefon dan e-mel masih aktif serta boleh digunakan.
- Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan anda mungkin tidak berjaya.
Permohonan yang
Ditolak:
Permohonan yang diterima akan melalui proses penilaian yang
teliti bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat lantikan yang telah
ditetapkan.
Justeru, adalah penting bagi pemohon untuk mematuhi
arahan-arahan berikut:
- Pastikan anda memenuhi kesemua syarat kelayakan yang telah dinyatakan dengan jelas. Pihak majikan ingin memastikan setiap calon yang dipertimbangkan adalah yang berkelayakan dan sesuai untuk mengisi jawatan ini dengan baik.
- Pastikan semua maklumat yang diberikan dalam permohonan anda adalah lengkap dan tepat. Pihak majikan menghargai kejujuran dan kecermatan dalam mengemukakan maklumat.
- Sebarang maklumat yang diberikan yang meragukan boleh menyebabkan kelewatan dalam proses penilaian permohonan anda.
Lokasi Penempatan
& Gaji Ditawarkan:
Bagi jawatan ini, calon yang diterima akan ditempatkan di pelbagai lokasi di Malaysia mengikut
jawatan yang dipohon. Gaji yang ditawarkan adalah berbeza bergantung kepada jawatan, kelayakan dan pengalaman kerja
anda.
Tarikh Tutup
Permohonan:
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 OKTOBER 2023 (Selasa) sebelum pukul 11.59 malam. Pastikan anda
menghantar permohonan anda sebelum tarikh tersebut. Ingat, semua permohonan
adalah secara atas talian (Online).
Jika anda berasa bahawa anda memenuhi syarat-syarat ini dan
memiliki minat yang tinggi untuk menyertai MR D.I.Y. Group (M) Berhad, jangan
ragu-ragu untuk memohon jawatan ini. Selamat Berjaya!

Comments
Post a Comment